Sunday, August 10, 2014

SITUASI DAN LATAR BELAKANG PERANG SALIB

1.      Situasi di Eropa
Pembangunan yang pesat di Eropah Barat pada Zaman Pertengahan adalah merupakan titik tolak tercetusnya Perang Salib, di samping kemerosotan Empayar Byzantium di Timur. Perpecahan Empayar Carolingan pada abad ke-9 serta kestabilan Eropah setelah pengkristianan kaum Viking, Slav dan Magyar telah menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan,
selain daripada saling bergaduh sesama sendiri dan menindas golongan petani. Walaupun ada usaha daripada pihak gereja dalam membendung masalah ini melalui genjatan senjata yang dipanggil sebagai “Peace and Truce of God,” namun ternyata usaha tersebut gagal setelah ramai lagi dalam kalangan satria terlatih tersebut yang masih mahu melakukan keganasan.[1]
Penggeledahan penziarah dari Eropa yang datang ke Yarussalem dan pemusnahan gereja Makam Suci oleh Khalifah Fatimiyah Alhakim bin Amrullah pada tahun 1009 Masehi.[2]
2.      Situasi di timur tengah
Saat Palestina berada dibawah kekuasaan khalifah Abbasiyah, Ummat Kristen dari Eropa masih diperkenankan berziarah ke Yarussalem. Akan tetapi sejak bangsa Turki Seljuk mengusai Yarussalem, para penziarah Kristen dilarang menginjungi kota suci tersebut. Larangan tersebut menimbulkan reaksi dari bangsa – bangsa di Eropa yang manyoritas beragama Kristen[3]. Bangsa Eropa pada waktu itu melakukan ziarah ke Yarussalem, sepulang dari Yarussalem mereka memberi gambaran yang jelek yang terjadi di Palestina.




 [1] Mohd Roslan Mohd Nor, Nor Shakila Mohd Noor, Perang Salib Dan Kejayaan  Salahuddin Al-Ayubi  Mengembalikan  Islamic  Jerusalem Kepada Umat Islam ( Journal , tt)
[2] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy (t.t), Perang Salib di Alam Islami, ( Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada ), h. 47
[3] Matroji, Sejarah untuk SMP Kelas VIII, ( Jakarta: Erlangga, 2004 ) h. 2 - 3

No comments: